ReadyPlanet.com
dot
Search for Tour Package

dot
bulletHome
bulletThai website
bulletWhat is ASEAN?
bulletTourist Attractions Information
dot
Tour Package
dot
bulletThailand Tour
bulletMyanmar Tour
bulletLaos Tour
bulletCambodia Tour
bulletVietnam Tour
bulletMalaysia Tour
dot
VDO Clips
dot
bulletSee Through South East Asia
bulletNuar Den Dang Features
dot
All About Thailand for...
dot
bulletPelancong Malaysia
bullet Turis Indonesia
bulletMyanmar Touristsch

Feedback
Contact Chiang Mai tour agency, Chiang Mai Tour, Chiangmai tour agent

Thailand General Information for Malaysian Tourist

Panduan Bercakap
 
Lagu Thai "Malaysia"

Lagu Thai yang terkenal

Lagu ini menceritatentang seorang lelaki thai ketemu dengan seorang prempuan Malaysia di Shopping Mall, Bangkok. Merika jalan bersama-sama sampai lelaki itu ter jatuh cinta kepada nya akan tetapi prempuan itu harus pulang ke Malaysia. Lelaki itu sangat ingatan kepada kekasihnya dia mau ikut ke Malaysia tetapi prempuan Malaysia itu harus kahain dengan orang Malaysia, jadi lelaki Thai itu sangatlah Rasa peras.

Bunga Tanjung versi thai

 Lagu Malaysia dengan seni bahasa lagu Thai

Dikir Puteri Noraniza Idris

Seorang anak prempuan meminta Black Berry dengan orang tuanya.

Lagu Thai yang terkenal didalam seni lagu Malaysia
 
Hubungan Malaysia - Thailand

Latihan angkatan darat Malaysia - Thailand

Hubungan Malaysia-Thailand merujuk kepada hubungan politik, ekonomi dan sosial di antara dua negara, Malaysia dan Thailand, yang berkongsi sempadan daratan dan lautan. Malaysia mempunyai kedutaan di Bangkok, manakala Thailand mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur.
Persamaan dan perbezaan

Saiz negara Thailand jauh lebih besar daripada Malaysia. Thailand terletak di utara Malaysia. Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Patani, Yala dan Narathiwat. Mereka juga berugama Islam dan pelancong Malaysia mudah mencari makanan halal.
Thailand menjajah utara Tanah Melayu

Hubungan dua negara ini telah wujud sejak penjajah British datang ke Tanah Melayu. Thailand melalui wakilnya pernah menjajah Tanah Melayu hingga ke pulau Singapura. Tamagi pernah menguasai Temasek / (Singapura) semasa Parameswara lari dari Palembang. Negeri Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menghantar bunga emas sebagai bayaran ufti setiap tahun kepada Raja Siam. Hasil hubungan erat dengan negara China sebgai pelindung, Laksamana Zheng He bersama 35,000 laskar telah memberi amaran agar Siam tidak mengganggu kemajuan ekonomi dan politik kerajaan Melaka.

Namun dari semasa ke semasa, Siam masih mencatur utusan pentadbiran di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kedah terpaksa meminta bantuan Kapten Francis Light agar tentera British membantu Kedah menghadapi serangan Siam. Namun British mungkin janji malah British merampas pula Province Wellesley.
Jepun gunakan Siam menyerang Tanah Melayu

Kerajaan Siam dengan 'lapang dada' membuka laluan daratannya kepada tentera Jepun untuk menyerang Tanah Melayu pada 1941. Dengan demikian Siam terlepas dari cengkaman dan serangan tentera Jepun.

Perjanjian damai antara Indonesia-Malaysia ditandatangani di Bangkok setelah Indonesia melancarkan operasi Ganyang Malaysia.
Sumber buruh jelapang padi

Apabila jelapang padi di Kedah-Perlis berhadapan masalah buruh menyabit padi ketika padi masak serentak, buruh dari selatan Thailand telah diambil bekerja. Mereka memang mahir dalam mengerjakan sawah padi dari mula menanam padi, menyabit padi dan seterusnya membanting padi. Bagi mengatasi masalah ini, jentuai telah digunakan.

Beras Siam memang terkenal di Malaysia kerana lebih panjang, sedap dan wangi. Syarikat BERNAS diberi tanggungjawab mengimport padi dari Thailand, Vietnam, China dan lain-lain. Thailand juga membekalkan buah-buahan seperti durian Siam, mangga, laici, mata kucing, ramunia dan lain-lain. Ada juga barangan murah seperti seluar jeans, periuk, pinggan-mangkuk, bekas basuh tangan dan lain-lain. Pada suatu ketika, Padang Besar, Langkawi, Bukit Kayu Hitam, Rantau Panjang, Wang Kelian dan Betong dan lain-lain menjadi lokasi keluar masuk barangan murah dari Thailand ke Malaysia. Pelancong dari Malaysia dibenarkan masuk ke dalam negara Thailand dalam lingkungan 1 - 5 km tanpa perlu visa dan pasport antarabangsa. Satu ketika pasport terhad digunakan oleh penduduk sempadan untuk pergi ke Thailand.
Dua warganegara

Malaysia dan Thailand berkongsi sempadan yang sama. Sungai Golok menjadi sempadan semula jadi antara Kelantan dengan Takbai di Selatan Thailand. Mereka yang duduk di sempadan memiliki dua kerakyatan. Di samping memiliki kad pengenalan Thailand, dalam masa yang sama mreka menjadi rakyat Malaysia. Penduduk Kelantan, Perlis, Kedah mempunyai sanak-saudara di Yala, Narathiwat, Pattani dan sebagainya. Kebanyakan mereka ini berugama Islam dan amat senang dengan pentadbiran dan persekolahan serta kehidupan beragama di Malaysia. Dasar pentadbiran di Thailand lebih condong kepada sistem agama Buddha, bahasa Siam dan mengamalkan sistem beraja berasaskan Raja Bhumibol.

Soal kewarganegaraan ini menjadi isu besar dari semasa ke semasa. Mereka enggan melepaskan dua kerakyatan kerana menjadi sumber pendapatan mereka sebagai pengedar barangan, penyeludup beras melalui sungai dan kereta api. Ada di antara mereka menjual barangan dari rumah ke rumah di kawasan pedalaman Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Kegiatan sosial dan kebudayaan

Alat muzik, nyanyian dan tarian di sempadan banyak dipengaruhi oleh budaya Siam. Antaranya ialah wayang kulit Siam, tok selampit, Awang Belanga dan lain-lain.

Makanan ala Siam banyak terdapat di Malaysia seperti mi Siam, tomyam dan lain-lain. Sebenarnya tukang masak di gerai dan restoran yang berlambak di Malaysia berasal dari Thailand.

Pelancong pergi ke Haadyai untuk mendapatkan khidmat pelacur di samping melancong. Pelancong Malaysia juga suka pergi pulau Phuket dan Songkla kerana pantainya yang cantik memukau. Penduduk Thailand ramah tamah dan mampu menarik kedatangan pelancong euruh dunia terutama dari Malaysia.

------------------------------------------------------------------------------

Malaysia, Thailand Kenal Pasti Enam Bidang Untuk Tingkat Kerjasama
PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dan Thailand telah mengenal pasti enam bidang berpotensi yang membolehkan kerjasama ekonomi dipertingkatkan.

Beliau berkata bidang itu ialah industri automotif; menguruskan industri getah khususnya di kawasan sempadan; jaminan makanan, jaminan tenaga; minyak dan gas; dan pelancongan.

“Selain itu, kedua-dua negara juga bersetuju yang industri halal patut dibangunkan lebih giat lagi,” katanya pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Thailand Yingluck Shinawatra di sini.

Terdahulu, Yingluck yang berada di Malaysia untuk lawatan sehari diberikan sambutan rasmi sebelum beliau dan delegasinya mengadakan mesyuarat tertutup dengan Najib dan delegasi Malaysia.

Najib berkata Thailand pada ketika ini merupakan rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia dalam Asean, dengan purata pertumbuhan antara 2011 dan 2010 ialah 13 peratus dan kini terdapat kira-kira 400 firma Malaysia melabur di Thailand.

Najib berkata kedua-dua negara juga bersetuju mengenai perlunya mencergaskan dan memberi nafas baru terhadap mekanisme sedia ada dalam hubungan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama, seperti Suruhanjaya Bersama Kerjasama Dua Hala (JC), Strategi Pembangunan Bersama Kawasan Sempadan (JDS), Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) serta rundingan tahunan antara kedua-dua pemimpin.

Katanya perbincangan turut menyentuh mengenai keperluan mempermudahkan hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara, dan mempertingkatkan perhubungan di kawasan-kawasan sempadan.

“Sebagai contoh, kini ada dua cadangan, membina jambatan kedua menghubungkan Rantau Panjang dan Sungai Golok; dan Pengkalan Kubor dan Takbai, serta pembangunan kompleks CIQ (kastam, imigresen dan kuarantin) di Bukit Kayu Hitam dan Sadao.

Beliau berkata Yingluck juga berminat dengan idea mewujudkan perkhidmatan bas ulang-alik antara kedua-dua negara bagi kemudahan pergerakan orang ramai.

Najib berkata mereka juga membincangkan mengenai perlunya mencari penyelesaian jangka panjang, berkekalan dan aman di selatan Thailand, dan Yingluck meminta Malaysia memberikan apa jua bantuan dan kerjasama yang dapat ditawarkan untuk membantu Thailand mencapai penyelesaian jangka panjang di kawasan itu.

Katanya kedua-dua mereka juga bersetuju bahawa ia merupakan hal ehwal dalaman Thailand, dan bahawa penduduk di selatan tidak wajar menuntut negara berasingan dan perlu menolak keganasan dan ekstremisme.

“Mereka perlu menjadi warganegara Thailand yang setia kepada Raja Thailand.

Dalam parameter asas itu, kita perlu berusaha mencari penyelesaian sesuai daripada segi lebih banyak penyertaan dalam aktiviti ekonomi penduduk di selatan dan lebih kebebasan bersuara dalam beberapa perkara yang dekat di hati mereka seperti pendidikan, agama dan beberapa perkara berkaitan kebudayaan serta lebih banyak pembangunan dan peluang ekonomi,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara juga menyentuh mengenai masalah dua kewarganegaraan dan bersetuju kedua-dua pihak patut membandingkan pangkalan data mereka supaya mereka boleh mencapai jalan penyelesaian kepada masalah itu.

Yingluck berkata perbincangan mengesahkan hubungan akrab antara Malaysia dan Thailand dan komitmen bersama mereka untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama di bawah kaedah dua hala sedia ada untuk mengalakkan perdagangan dan pelaburan, kerjasama “halal” dan pelaburan bersama di negara-negara ketiga.

“Untuk menjadikan hubungan kami lebih aktif, kami perlu membangunkan aktiviti ekonomi perkakasan dan perisian. Ini bukan sahaja menggalakkan kemakmuran ekonomi kepada rakyat di sepanjang kawasan sempadan tetapi juga meningkatkan hubungan serantau,” katanya.

Beliau berkata Thailand menyambut baik dan menyokong dasar-dasar Gerakan Kesederhanaan Global yang diilhamkan oleh Najib sebagai satu kaedah untuk memerangi ekstremisme dan menurutnya Thailand percaya kesederhanaan adalah kunci kepada keamanan.

“Sebagai anggota Asean, kami melihat kerjasama kami sebagai kunci kepada pembinaan komuniti Asean, hubungan, keamanan dan kemakmuran serantau, dengan Malaysia dijadual menjadi pengerusi Asean pada 2015,” katanya.

“Thailand yakin pelancaran komuniti Asean akan diuruskan dengan baik. Kami melihat Asean sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan kestabilan di rantau Asia Pasifik dalam erti kata yang lebih luas,” katanya.

Sumber : Bernama

Browse >> Thailand   
Laos      
Myanmar 
Vietnam Cambodia Malaysia
 
Chiang Mai, Chaing Rai, Pai, Mae Hong Son tour Bangkok, Ayutthaya, Kanchanaburi Phuket, Krabi, Pattaya tour
Chiang MaiChiang RaiPaiMae Hong Son BangkokAyutthayaKanchanaburiAmpawa PattayaPhuketKoh SamuiKrabi
 
THAILAND General Information

Geography

Thailand is the 50th largest country in the world; most nearly equal in size to Spain. Located just 15 degrees north of the equator, Thailand has a tropical climate and temperatures typically range from 19 to 38 degrees C (66-100 F). Thailand’s largest peak, Doi Inthanon, is 2,565 meters (8,415 ft) tall. Thailand covers 510,890 sq km of land and 2,230 sq km of water. The coastline of Thailand is 3,219 km long. Thailand’s longest shared border is with Myanmar (Burma), stretching 1,800 km. 

Weather

The weather in Thailand is generally hot and humid: typical of its location within the tropics. Generally speaking, Thailand can be divided into three seasons: “hot” season, rainy season, and “cool” season, though Thailand’s geography allows visitors to find suitable weather somewhere in the country throughout the year.

Population

The population of Thailand comprises of roughly 65 million citizens, the majority of whom are ethnically Thai, though peoples of Chinese, Indian, Malay, Mon, Khmer, Burmese, and Lao origin are also represented to varying degrees. Approximately 7 million citizens live in the capital city, Bangkok, though this number varies seasonally and is otherwise difficult to accurately count.

People

The vast majority (roughly 80%) of Thailand’s nearly 65 million citizens are ethnically Thai. The remainder consists primarily of peoples of Chinese, Indian, Malay, Mon, Khmer, Burmese, and Lao decent. Of the 7 million citizens who live in the capital city, Bangkok, there is a greater diversity of ethnicities, including a large number of expatriate residents from across the globe. Other geographic distinctions of the population include a Muslim majority in the south near the Malaysian border, and hill tribe ethnic groups, such as the Hmong and Karen, who live in the northern mountains.

Language

More than 92% of the population speaks Thai or one of it’s regional dialects. While the Thai language is the official language of Thailand, as a result of its cosmopolitan capital city and established tourism infrastructure, English is spoken and understood throughout much of Thailand.
Learn Thai the Easy Way!

Religion

94.6% of Thais are Buddhist, 4.6% of Thais are Muslim 0.7% of Thais are Christian

View Larger Map

Muslim Tourists

Introduction
The paradise of Chiang Mai Trip ( 3 Days-2 Nights) for Muslim tourists
TC. 9 Chiang Mai - Chiang Rai for Muslim tourists 4 Days/3 Nights trip
TC.10 Chiang Mai - Chiang Rai for Muslim tourists 4 Days/3 Nights trip (Overnight at Chiangrai)
TC.11 Chiang Mai - Chiang Rai for Muslim tourists 5 Days/4 Nights trip (Overnight at Chiangrai)
Charming Bangkok 3 days 2 night
جولة ساحرة في بانكوك 3 أيام وليلتين
Pattaya Sea Sand Sun 3 days 2 nights
مدينة باتايا الساحلية - البحر والرمال والش
Halal Restaurant at Night Bazaar
Halal Breakfast at Al-Farooq Hotel
Mosque in Phuket
Mosque in Krabi
Mosque in Chiang Mai
Mosque in Chiang Rai
Mosque in Trad
Mosque in Chonburi
Mosque in Bangkok
Muslim Food in Krabi
Muslim Food in Suratthani
Muslim Food in Trad
Muslim Food in Phuket
Muslim Food in Chiang Rai
Muslim Food in Chiang Mai
Muslim Food in Kanchanaburi
Muslim Food in Rayong
Muslim Food in Chonburi
Muslim Food in Bangkok
Thailand General Information for Indonesian Tourist